Jumaat, 6 Disember 2013

sebelah tangan yang beda


Sekuat mana tepuk tangan kanan
tak dibalas tak berbunyi?
Sejauh mana lompat bangunan tinggi
tak disambut tak terluka?

Sama sakitnya.

Ada orang untuk kau tepuk bersama
Ada orang untuk lompat bersama
atau sebaliknya; serupa.

Itu sama ada kau, atau dia yang luka.

Senyumlah sendiri, pura pura bercinta dengan hati
Kononnya hati sendiri dah jumpa yang sebelah lagi.
Pura puralah gembira.
Kononnya kau dah tak mungkin akan rasa duka.

Tak apa. Bodoh cuma kita yang rasa.
Tak apa. Pilu cuma kita yang tercalar jua.
Sikit sikit, apa beza?

Bercinta berdua juga serupa.
Kau tepuk sendiri juga sama.
Apa yang beza?

Apa yang dia ada sebenarnya untuk buat kau  rasa beda?
Apa yang dia ada sebenarnya untuk bikin kau jadi gila?
Apa yang dia ada?

Ah! Perasaan..
Dia pernah tahu apa kau rasa?
Meski kau tak pernah kata apa apa?

Mungkin jika dia baca di antara baris baris ayat yang kau pernah kata.
Mungkin ada.
Mungkin.

Itu pun kalau dia;
baca di antara keduanya.

Dan jika sebaliknya,
serupa.
Takkan ada apa yang beza.

Gambang, Disember '13

3 ulasan:

  1. dah lama aku practice tepuk sebelah tangan,last-last letih

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku tengah tepuk sebelah, tunggu kot ada yang nak tepuk sama.

      Padam
  2. Dia senyum tapi dia tak gembira
    Dia menangis tapi dia sangat gembira
    Ramai lagi yang masih suka berpura-pura. :)

    BalasPadam