Selasa, 26 Februari 2013

Selamat




Semoga panjang umurnya.
Semoga panjang hidupnya.
Semoga panjang degup jantungnya.
Semoga panjang cintanya.
Semoga panjang apa jua yang dia rasa.
Semoga panjang cerita kita.
Semoga panjang usia kita dua.
Semoga kita bahagia selama-lamanya.
Sama macam cerita dongeng anak raja.
Semoga Tuhan dengar titip doa kita.
Semoga sempat aku dan dia dan kita jadi satu.

Semoga.

Selamat ulang tahun.


p/s : Ini yang ke-19. Harapnya ada yang ke-20, 21, 22, 23, 24 sampai bila-bila. ;)



Ahad, 24 Februari 2013

Dear God


"Dear God,
the only thing I asked of you
is to hold him when I'm not around
when I'm much too far away."

Hujung doa aku selalu aku titipkan kisah kita.
Moga wujud frasa aku untuk kau dan kau untuk aku.
Sebab aku masih tak tahu dan aku masih nak tahu
apa perasaannya bila kau tengok aku.


Isnin, 18 Februari 2013

Hati besi


Kadang aku terasa juga.
Aku ni manusia. Masih manusia.

Aku memang tak suka orang tengok aku lemah.
Tapi kadang-kadang aku tak boleh nak tahan air mata.

Tak boleh.

Aku pun ada sisi aku yang lemah.
Dan kelemahan aku, kau.

Tak apalah.
Malam ni biar air mata tengok bumi.
Biar esok aku jadi berani.
Biar esok aku jadi kuat.
Biar esok bila aku dah mampu berdiri sendiri,
tak ada orang akan buat aku rasa rendah lagi.

Dan kalau aku rebah pun, aku tahu aku takkan mati.
Sebab aku masih ada dia. Setia dekat tepi.

Kan?






Jumaat, 15 Februari 2013

#1


To the only drug I own :

Kehadapan si botak yang begitu dingin
Mungkin aku perempuan yang kau pilih.
Mungkin.

Aku perempuan dan aku punya impian.
Tapi tak apa biar aku simpan.
Aku cuma mahu bilang
aku ini bukan perempuan takda harga
juga bukan yang tumit tinggi segala
jauh sekali nak tunjuk rupa.

Aku ini yang paling biasa
yang paling mudah rupanya
ada mata hidung telinga.

Aku mungkin bukan teman untuk selama lamanya
tapi aku mahu kau tahu yang aku bahagia.
Andai bulan hilang satu hari nanti
andai aku pun turut pergi mengikut bintang dan langit malam

Aku mahu kau bisik pada hati,
"kalau aku memang wujud dalam cerita Tuhan untuk kau, aku pasti kembali."

Rabu, 6 Februari 2013

Nyawa


Terbang pari-pari terbang
Terbang tinggi jangan pernah pulang
Dunia ini sungguh malang
Bukan daerahnya untuk sang pari-pari bertulang belakang.

Puisi ini aku tak tahu
Hasilnya hanya kerana jari aku merapu
Bila jiwa dah kacau dan hati tak lagi bersatu
Mulalah neuron jadi bingung tak tahu mana nak dituju

Maka hati aku berbisik sendiri
Sampai bila mahu hidup begini?
Sampai bila mahu dipendam lagi?
Tunggu esok dah meletus gunung berapi?

Dan aku terdiam lagi.

Aku cuma tak tahu
Tak tahu apa yang harus aku tahu
Andai semua ini palsu.

Ya. Cerita kita dan isinya.
Cerita kita dan gembiranya.
Cerita kita dan jiwa di dalamnya.
Apa masih ada cinta yang bernyawa?
Atau mungkin semua ini hanya pura-pura?




Isnin, 4 Februari 2013

Maaf, Tuhan!


Aku ini manusia
Homo sapien yang biasa
Yang punya hidung, mata, telinga
Punya tangan, punya kaki, sempurna.

Aku ini manusia
Manusia yang didatangkan dengan hati
Aku punya nafsu dan aku ada jiwa kecil
sedikit syaitan yang bergelodak
Aku punya iman dan aku ada seluruh badan untuk simpan amal jariah

Tapi aku belum kuat
Belum lagi untuk tolak apa yang namanya syaitan
Belum cukup gagah untuk melontar kebenaran

Aku cuma rasa berdosa
Aku rasa berdosa.
Tuhan, maaf.

Fairy dust



Aku bukan perempuan picisan yang kau jumpa di tepi jalan
Aku bukan perempuan murahan yang maruahnya digolok gadai pada jantan
Aku bukan perempuan yang bila kau buang, dan satu hari kau kutip serupa tak ada perasaan.

Dulu sembang mahu petik bunga di langit untuk terangkan malam malam aku
Dulu sembang mahu kutip debu pari-pari untuk beri sparkle dalam mimpi aku
Dulu sembang mahu tulis puisi indah jadi lullaby bahagia buat bedstory aku

Pergi mampus dengan kau punya janji
Pergi mampus dengan debu pari-pari
Kalau sembang hanya sekadar retorik
Kalau hanya untuk mainkan satu hati
Lebih baik kau mampus.

Letih kau tahu?
Letih jadi perempuan yang hanya kau cari untuk buat malam kau gembira hari-hari
Sebab wujud aku bukan untuk itu.
Wujud aku untuk melengkapkan cerita Tuhan yang akhirnya aku ini jadi bidadari maharaja di syurga Dia.

Sekarang,
pulangkan hati aku.
Tak ada manusia mampu jaganya lebih baik dari aku sendiri.
Sebab manusia macam kau, tak ada hati untuk dikasih. Tak ada.


Bidadari Syurga


Terlintas di benakku cuma;
"Andai aku ke syurga,
aku ini bidadari milik siapa?"


Maharaja


Kau maharaja yang dikelilingi gundik jelita
yang setia menyanyi lagu cinta
yang mengulit mimpi dengan lirik tentang bahagia

Tapi aku tak punya apa
aku hanya tahu tulis tentang rasa
dan apa saja yang tak kena
semua yang ada di dalam dada

Dan kau maharaja
sedang aku hanya pacal yang hina
aku tak punya sesiapa
hanya engkau sang maharaja
dan sebiji cap mohor cinta.