Jumaat, 28 Jun 2013

Kerana aku perempuan


Kerana aku perempuan yang marahnya dilempias merata,
maafkan aku.

Kerana aku perempuan yang cengilnya sepanjang masa,
maafkan aku.

Kerana aku perempuan yang bengisnya hampir semua benda,
maafkan aku.

Kali ini biar dikepam.
Biar dipendam disimpan dalam.
Biar.

Moga terurai dek waktu.
Moga terhapus dek ta'awuz
Moga padam.



Isnin, 24 Jun 2013

Ulangtahun #19


Seronok mengorek ilmu,
bila sedar diri ini jahil.

Seronok bertanya itu ini,
bial sedar kerdilnya aku dalam muka bumi.

Seronok.

Tapi aku cari cari juga, mana kuatnya aku.
Mana kuatnya aku untuk tegak dalam jalanNya.

Terima kasih, Tuhan.

Untuk hidupku ( baca :22 Jun '94-22 Jun '13 ),
untuk kesihatanku,
untuk amalku,
dan untuk rezekiku.

Semoga dipanjangkan usia ini.
Semoga dipelihara hati ini.

Semoga.

Moga Tuhan mudahkan.
Permudahkan bagiku;

hidupku,
kesihatanku,
amalku,
dan matiku.

Semoga.

"A year older, a year wiser"

Semoga.

Amin ya Rabbal 'alamin.




Khamis, 20 Jun 2013

Senyum


Sebab kadang kadang--
langit itu terlalu gelap untuk diteka apa isinya.

Sebab kadang kadang--
hujan itu terlalu lebat untuk dibiar berpancuran tak dinikmati.

Sebab kadang kadang--
bulan terlalu malu untuk tunjuk dirinya sendiri.

Sebab kadang kadang--
pelangi terlalu pudar untuk tak lagi dihargai.

Sebab kadang kadang--
sekecil kecil kebaikan itu kebahagiannya begitu tak terjangkau dek kata.

Senyum.
Sebab kadang kadang--
itu penawar hati yang terlalu bisu. 

Senyum. :)



Rabu, 19 Jun 2013

Dongeng mengenai kita


Rasanya, aneh.
Rasanya, janggal.
Rasanya, begitu beda bila apa yang namanya masa
makin terhampar depan mata.

Rasanya, pedih.
Rasanya, sakit.
Rasanya, begitu lemas bila apa yang namanya lalu
makin tertinggal jauh satu persatu.

Jatuh.

Satu.

Dua.

Dan akhirnya yang tinggal cuma cerita lama yang kau singkap singkap bila perlu.
Begitu.

Kalau.
Kalau saja kita bukan kita.
Kalau.
Kalau saja cerita kita tak pernah ada.
Tak pernah ada.
Kalau saja kita bukan sesiapa.
Kalau.

Malang.
Kalau cuma kalau.

Yang ada
memang kita.
Yang tertulis
memang hikayat kita.
Yang terjadi
memang kita bersama.

Dan rantaian sebelum noktah terakhir epilognya,


Aku jatuh--
Tak jumpa cara bangun.


Ahad, 9 Jun 2013

Puisi Sepi #2


Bintang malam ini aku kait satu demi satu
Gugur, jatuh bertaburan--

Sama macam hati aku
yang berderai tercebis satu demi satu
bila kau buang aku.

Bila kau buang kita.

Heh. I feel like a loser.

"I miss you, sugar".



Sabtu, 8 Jun 2013

Puisi Sepi #1


Di luar sedarku,
di bibir merah masih meniti nama cinta yang dulu.

Di hati masih terukir lukisan ketawa riang
Masih berbirat luka dibuang
Masih berbalut cinta yang usang
Masih tersimpan rapi kasih yang panjang.

Sayang--
Kau tinggalkan jendela ini
terbuka luas bertelanjangan.

Rasa ini kau biar kesejukan tak berteman
yang akhirnya dia mati pelan pelan.

Pelan pelan.


Jumaat, 7 Jun 2013

Monolog untuk Tuhan


Haih.

Tuhan, kau duga aku lagi.
Lagi dan lagi.
Dan lagi.
Tak berhenti.

Tuhan, aku manusia.
Aku punya hati punya rasa.
Apa aku begitu berdosa, Tuhan?

Tuhan, aku bukan lemah.
Aku bukan mengaku kalah.
Tapi Tuhan, aku begitu lelah.

Lelahnya aku Tuhan,
Lelahnya aku.
Tak betah hadap hari muka.

Tuhan, aku tak minta cinta.
Tapi beri aku bahagia Tuhan.

Sebab aku kadangkala
terasa--
yang aku tak kuat mana.

Yang bila bila masa
aku akan angkat tangan, dan rebah.
Dan bila bila masa juga
aku akan mengaku kalah.

Dengan kehidupan
Dengan masa depan
Dengan aturan penceritaan
yang aku sendiri tak lagi betah.

Tuhan, aku kalah--