Selasa, 20 November 2012

Peace


Mungkin sekarang bukan musimnya bahagia
Mungkin sekarang bukan musimnya gelak ketawa
Mungkin sekarang bukan musimnya kita bersuka-suka
Bila ada yang mati tak kira masa

Mungkin sekarang bukan masanya untuk cinta dan cincin permata
Mungkin sekarang bukan masanya untuk tanya siapa yang paling gembira
Mungkin sekarang bukan masanya untuk saling mengaku suka
Bila ada yang mati tercerai nyawa

Yang mati satu perkara
Yang terluka satu perkara
Yang menderita lagi satu perkara
Tapi masih ada yang tak tahu perimanusia

Yang di Gaza perlukan kita
Yang di Gaza perlukan saudaranya
Yang di Gaza perlukan doa
Tapi apa yang diterima?

Lagi percikan darah dan korban nyawa
Lagi butir peluru dan jatuhnya air mata
Lagi luruh hati dan putusan asa.

Entahlah bila.
Sesama kita pun masih gagal amannya dicipta
Lagikan mahu pelihara aman yang merentas laut dan benua

Tuhan, mohon sedarkan mereka.
Tuhan, mohon hentikan perebutan kuasa.
Tuhan, mohon.
Amankan dunia.

Untuk yang bakal lahir, yang bakal dewasa dan yang bakal kenal erti dunia.



Ahad, 18 November 2012

Tuhan dan magisnya


Kalau aku taburkan bintang di rambutnya
Mungkin malam-malamnya lena tanpa derita

Kalau aku taburkan bintang di rambutnya
Mungkin tidurnya indah mimpi bersama putera raja

Kalau aku taburkan bintang di rambutnya
Mungkin airmatanya jatuh kerana bahagia

Tapi aku siapa?
Manusia biasa yang pegang bintang pun belum pernah.

Tapi mungkin juga bila kau
dengar cerita aku tentang pangeran muda dan cintanya
tentang bulan dan pungguk yang setia
tentang Tuhan dan magisnya
tentang indahnya syurga dan bidadarinya

Dengar.

Dengar dan bayang.

Kau pasti dapat gambarkan hidup yang gembira.
Meskipun engkau tak sempurna.


Malam


Malam; masih lagi malam
hingga aku pejam mata dan buka bila waktunya.

Malam; masih lagi muda
hingga bumi ini sunyi dari setiap apa yang namanya suara.

Malam; masih lagi satu mimpi
aku tunggu dan tunggu lagi
sampai yang namanya malam dah berganti pagi

tapi siapa bilang hari kelmarin dah berakhir?
sedangkan mata aku masih belum pejam lagi.

dan aku tunggu dan tunggu lagi.

hingga akhirnya aku sendiri lupa
sama ada masih aku tunggu lagi atau sebenarnya hati aku pun dah mati?