Khamis, 30 Mei 2013

Surat Untuk Hati


Dalam hiruk pikuk kota
Ada satu manusia yang hidupnya masih gelap gelita.
Hatinya kecil. Jiwanya kecut menghadapi dunia.
Impiannya hanya satu, ingin bahagia.

Dalam kuat gelak ketawa
Ada satu manusia yang dalam tawanya terselit satu luka.
Selesa padanya, berkeadaan begitu. Menyembunyikan rasa.
Pada dia, buat apa dihebahkan duka? Bukan lebih mudah jika semua gembira?

Tersenyum ia sendiri.
Tersenyum ia. Menerima jalan ceritanya yang dikarang indah oleh Tuhan.
Diselimutkan hatinya supaya tenteram dan selesa.
"Apa Tuhan akan duga aku begitu kejam? Aku ini kisah-Nya, watak-Nya."

Dan diketuk pintu hati.
Tak apa, kita sepi. Ganjaran kita menanti.

Tak apa kita pendam. Takkan selamanya hidup kita kelam?

Tak apa.

Dengar hati.
Kalau kau tak kuat, aku ada.

Pegang kata kata aku.

Biar sampai akhir nyawa, kita bersama.
Biar sampai degup yang terakhir, dan masih tidak kita jumpa pemilik yang lagi satu,

Aku ada.

Aku ada; sampai bila-bila.



Khamis, 23 Mei 2013

Patah Hati


"Awak, saya dah tak tahan lagi. Saya nak awak putuskan hubungan kita sekarang", pinta Arden.

Dengan muka terpinga-pinga Fared memandang Arden. Matanya seolah-olah meminta penjelasan yang kukuh. Riak mukanya kosong. Cermin mata berbingkai ungu tua lantas ditanggalnya. Tali leher hitam segera dilurutnya.

"Awak tak nampak ke kepincangan hubungan kita sekarang? Awak tak rasa ke we are moving too fast? Awak tak rasa ke yang awak mungkin tengah bercinta dengan jodoh orang lain? Awak tak rasa kita terlalu gelojoh? Gelojoh untuk bersemuka dengan masa depan?", laju luah Arden. Lancar dan jelas terangnya. Nampak kesungguhan bila berkata-kata.

Fared diam lagi. Disandarkan perlahan belakangnya pada sisi kereta. Dicampak jauh pandangnya melata ke arah langit yang dibanjiri bintang. Fared berdehem perlahan.

"Ard. Sejujurnya, saya tak rasa apa apa", pendek jawabnya.

Giliran Arden pula senyap seribu bahasa. Fakta mengatakan perempuan senyap kerana sedang berfikir. Sedang Arden galak menyusun perkataan untuk dihamburkan kepada Fared, Fared masuk ke dalam kereta. Dengan tenangnya dia hidupkan enjin kereta, dipicit perlahan punat aircond dan mengeluh.

"There's nothing like us,
there's nothing like you and me
together through the storm

There's nothing like us
There's nothing like you and me
Together"

"Fared...", panggil Arden.

"I gave you everything, baby
everything I had to give
Girl, why you would push me away?"

Fared tak kata apa-apa. Dia ambil ukulele dan dia main lagu dan dia nyanyi. Dia tak menangis. Arden hanya mampu melihat dan tak kata apa-apa. Fared jarang bercakap soal hati. Fared selalunya hanya cakap apa yang dia perlu cakap. Umpanya sekarang. 

"Sayang, saya tak pernah rasa we are moving too fast. Sebab saya tahu kita ada banyak masa. Because I know we have forever. Saya tak tahu apa salah saya. Saya tak tahu apa masalah awak", masih tenang suara Fared meluahkan isi hatinya.

"Tapi kalau awak nak saya putuskan hubungan ni, saya akan putuskannya. Buat apa bercinta kalau awak dah tak ada hati?", sedikit tersentak Arden mendengar persetujuan Fared.

"Thanks awak. Thanks for everything," ucap Arden. Kemudiannya dia keluar dari kereta. Dilurutkannya cincin. Diletaknya di atas kerusi tempat duduknya tadi. Dia tutup pintu dan berjalan menjauhkan dirinya dari kereta. 

Fared hanya melihat Arden berjalan pergi. Keluhan kecil dihembusnya simbolik bebannya tadi sudah terlepas. Tiba-tiba, telefon bimbit berbunyi. Fared tersentak lantas kakinya menekan pedal minyak dan memandu ke arah Arden tadi. Dia memberhentikan keretanya betul betul disebelah Arden. Diturunkannya tingkap kereta. 

"Awak kejar saya buat apa lagi? Saya dah tak nak awak," terus Arden menembaknya dengan gugusan kata-kata sebaik sahaja perasaan terkejutnya bila kereta Fared berhenti di sebelahnya hilang. 

"Bukan. Saya bukan kejar awak. Saya tak akan pernah jilat liur yang orang lain ludah. Tapi, phone awak tertinggal. Assalamualaikum", dan Fared berlalu pergi.

Muka Arden memerah malu melihat Fared berlalu pergi membawa hatinya. Dan cintanya dah tentu. 


Ahad, 19 Mei 2013

Pathetic


Diresap semangat aku begini
Disedut jiwa aku begini
Lama-lama aku bisa mati.

Terlalu kosong
Kosong dan gelap.
Hulurkan aku pintu.
Biar aku masuk, dan cari hidup baru.

-dalam kotak




Sabtu, 4 Mei 2013

Langit Mairat


*Plop!*

“Kau jahat Ed! Kau jahat!”

“Kau dah kenapa?”

“Kau jahat!”, dan Zee terus terusan menyerang Ed dengan batu.

*Plop!*

“Kenapa buat aku jatuh cinta? Kenapa buat aku terjatuh sedangkan kau tak ada niat pun nak sambut? Kenapa?”

Ed senyap.

Dan Zee terus menangis. Perempuan kasar yang selalu pakai hitam. Perempuan kasar yang tak pernah cakap nada biasa. Perempuan kasar yang tipikal. Tarikannya, dia kasar. Dan ini kali pertama Zee menangis, cairkan air mata yang dah lama beku. Kali pertama Zee menangis untuk seorang lelaki yang dah rasminya hancurkan hati dia.

“Zee, jangan menangis. Buruk okay? Habis celak kau. Habis rambut kau kusut tu. Habis lengan baju kau basah. Kau dah lah tak ada baju lain yang kau nak pakai. Dah lah Zee”, Ed terus memujuk. Walau dia tahu skil memujuk dia tak pernah hidup.

“Ed, jangan tinggal aku. Aku tak nak kau pergi Ed. Jangan”, luah Zee. Dalam nada teresak-esak, memang kedengaran sedih benar permintaannya. Tapi begitu jujur. Begitu tercetus dari kotak kecil yang namanya ikhlas jauh dalam hati.

“Ikut aku.”

Dan Zee mendongak ke arah langit. Dia nampak bulan. Dia nampak bintang berkelip. Tapi ahh! Helikopter rupanya!

“Ikut aku, Zee. Kita hidup bahagia bersama. Aku janji.”

Antara sedar dan tidak, Zee tersenyum sendiri. Siapa tahu apa yang tersorok di celah celah siratan neuronnya. Dengan air mata yang terus mengalir, dengan celak yang mencair, Zee terbaring di pondok tepi 
laut.

“Ed...”

“Ed.... Aku terlalu sayangkan kau.”

Dan Zee ambil pisau dan tikam perutnya. Darah memancut keluar. Zee dah tak terdaya genggam pisau lagi. 
Dibiar tersemat dalam perut. Dan bibirnya mengukir senyum.

“Terima kasih, sayang. Terima kasih sebab sudi ikut aku. Mari. Mari kita mengalun lagu cinta di langit mairat. Mari perhatikan bulan yang sedang tidur. Mari, sayang.”