Isnin, 15 Julai 2013

Ikan hanyir busuk


Mari, aku mahu kau.
Aku mahu. Sungguh.
Dan bila aku bilang aku mahu, kau harus turuti itu.
Kerana hati aku;
Kerana rasa ini;
eternal.  
Dan aku yakin, sampai bila bila.

Maaf, aku tak lagi mahu.
Aku tak lagi mahu. Sungguh.
Dan bila aku bilang aku tak mahu, kau harus turuti itu.
Kerana hati aku;
Kerana rasa ini;
dah mati.
Dan aku yakin, sampai bila bila.

Cinta, kau jangan bilang bila kau sendiri tak tahu.
Kerana bila aku bukan seperti yang kau mahu,
kau buang aku.

Kau buang aku;
tanpa belas.

Dan saat dulu bila aku merintih untuk kembali,
kembali dalam rangkulanmu,
kau buat aku umpama ikan hanyir yang busuk.

Kau buang aku.

Kau buang.

Dan bila aku sudah ketemu jalan yang harus aku lalu,
kau tak usah datang datang balik jenguk aku.

Tak usah.

Kerana dulu dulu aku bukan seperti yang kau mahu!

Dan bila aku sudah ketemu sisi aku yang gagah berani,
kau tak usah datang datang balik konon ingin temani.

Tak usah.

Kerana dulu dulu aku sendiri kau sedikit pun tak peduli!

Dan sekarang jangan tagih simpati,
seolah olah kita bakal jatuh cinta lagi.

Tak.
Kerana jatuh cinta semula dan putus cinta semula dengan orang yang sama terlalu mainstream.

Sayang.
Pegang ini dan sematkan dalam hati.
Semat dalam dalam.

Aku tahu perasaannya sendiri.
Aku tahu perasaannya jadi egois.
Aku tahu perasaannya patah hati.
Aku tahu.

Sekarang kau ambil semua ini.
Kau rasa.

Sedap?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan