Khamis, 23 Mei 2013

Patah Hati


"Awak, saya dah tak tahan lagi. Saya nak awak putuskan hubungan kita sekarang", pinta Arden.

Dengan muka terpinga-pinga Fared memandang Arden. Matanya seolah-olah meminta penjelasan yang kukuh. Riak mukanya kosong. Cermin mata berbingkai ungu tua lantas ditanggalnya. Tali leher hitam segera dilurutnya.

"Awak tak nampak ke kepincangan hubungan kita sekarang? Awak tak rasa ke we are moving too fast? Awak tak rasa ke yang awak mungkin tengah bercinta dengan jodoh orang lain? Awak tak rasa kita terlalu gelojoh? Gelojoh untuk bersemuka dengan masa depan?", laju luah Arden. Lancar dan jelas terangnya. Nampak kesungguhan bila berkata-kata.

Fared diam lagi. Disandarkan perlahan belakangnya pada sisi kereta. Dicampak jauh pandangnya melata ke arah langit yang dibanjiri bintang. Fared berdehem perlahan.

"Ard. Sejujurnya, saya tak rasa apa apa", pendek jawabnya.

Giliran Arden pula senyap seribu bahasa. Fakta mengatakan perempuan senyap kerana sedang berfikir. Sedang Arden galak menyusun perkataan untuk dihamburkan kepada Fared, Fared masuk ke dalam kereta. Dengan tenangnya dia hidupkan enjin kereta, dipicit perlahan punat aircond dan mengeluh.

"There's nothing like us,
there's nothing like you and me
together through the storm

There's nothing like us
There's nothing like you and me
Together"

"Fared...", panggil Arden.

"I gave you everything, baby
everything I had to give
Girl, why you would push me away?"

Fared tak kata apa-apa. Dia ambil ukulele dan dia main lagu dan dia nyanyi. Dia tak menangis. Arden hanya mampu melihat dan tak kata apa-apa. Fared jarang bercakap soal hati. Fared selalunya hanya cakap apa yang dia perlu cakap. Umpanya sekarang. 

"Sayang, saya tak pernah rasa we are moving too fast. Sebab saya tahu kita ada banyak masa. Because I know we have forever. Saya tak tahu apa salah saya. Saya tak tahu apa masalah awak", masih tenang suara Fared meluahkan isi hatinya.

"Tapi kalau awak nak saya putuskan hubungan ni, saya akan putuskannya. Buat apa bercinta kalau awak dah tak ada hati?", sedikit tersentak Arden mendengar persetujuan Fared.

"Thanks awak. Thanks for everything," ucap Arden. Kemudiannya dia keluar dari kereta. Dilurutkannya cincin. Diletaknya di atas kerusi tempat duduknya tadi. Dia tutup pintu dan berjalan menjauhkan dirinya dari kereta. 

Fared hanya melihat Arden berjalan pergi. Keluhan kecil dihembusnya simbolik bebannya tadi sudah terlepas. Tiba-tiba, telefon bimbit berbunyi. Fared tersentak lantas kakinya menekan pedal minyak dan memandu ke arah Arden tadi. Dia memberhentikan keretanya betul betul disebelah Arden. Diturunkannya tingkap kereta. 

"Awak kejar saya buat apa lagi? Saya dah tak nak awak," terus Arden menembaknya dengan gugusan kata-kata sebaik sahaja perasaan terkejutnya bila kereta Fared berhenti di sebelahnya hilang. 

"Bukan. Saya bukan kejar awak. Saya tak akan pernah jilat liur yang orang lain ludah. Tapi, phone awak tertinggal. Assalamualaikum", dan Fared berlalu pergi.

Muka Arden memerah malu melihat Fared berlalu pergi membawa hatinya. Dan cintanya dah tentu. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan