Selasa, 20 November 2012

Peace


Mungkin sekarang bukan musimnya bahagia
Mungkin sekarang bukan musimnya gelak ketawa
Mungkin sekarang bukan musimnya kita bersuka-suka
Bila ada yang mati tak kira masa

Mungkin sekarang bukan masanya untuk cinta dan cincin permata
Mungkin sekarang bukan masanya untuk tanya siapa yang paling gembira
Mungkin sekarang bukan masanya untuk saling mengaku suka
Bila ada yang mati tercerai nyawa

Yang mati satu perkara
Yang terluka satu perkara
Yang menderita lagi satu perkara
Tapi masih ada yang tak tahu perimanusia

Yang di Gaza perlukan kita
Yang di Gaza perlukan saudaranya
Yang di Gaza perlukan doa
Tapi apa yang diterima?

Lagi percikan darah dan korban nyawa
Lagi butir peluru dan jatuhnya air mata
Lagi luruh hati dan putusan asa.

Entahlah bila.
Sesama kita pun masih gagal amannya dicipta
Lagikan mahu pelihara aman yang merentas laut dan benua

Tuhan, mohon sedarkan mereka.
Tuhan, mohon hentikan perebutan kuasa.
Tuhan, mohon.
Amankan dunia.

Untuk yang bakal lahir, yang bakal dewasa dan yang bakal kenal erti dunia.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan