Rabu, 26 Februari 2014

Kenang kenangan yang tak terpudarkan


Jika kita merupakan jasad jasad kosong tanpa cinta
Itu adalah kerana kita men-sia sia perkara perkara indah tentang dunia

Jika kita merupakan roh roh sepi tanpa bahagia
Itu adalah kerana kita mendustakan setiap detik detik berharga tentang yang mencipta.

Dan jika kita merupakan udara udara yang ternafaskan
Jika kita merupakan tawa tawa yang dipecahkan
Itu adalah kerana kita mencintai segenap sudut yang punyai kita
Itu adalah kerana kita telah teresapkan dek dunia yang terlalu laju tak terkira.

Dan seandainya kita ini merupakan suatu kenangan yang tak terluputkan
Itu adalah kerana kita ini terlalu tercintai dan dicintakan.
Dan kerana melupakan itu sebenarnya sepahit pahit ciptaan yang harus ditelan.

Gambang
26/2/2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan