Khamis, 11 Julai 2013

Kalau Tuhan tahu


Kalaulah Tuhan tahu

Kalaulah Tuhan tahu
Dan kalaulah Tuhan tahu

Aku di antara hamba yang berdosa
Aku di antara hamba yang berdoa juga

Aku berdoa. Dan berdosa.
Dan berdosa. Dan berdoa.

Dan aku jatuh. Dan aku jatuh.

Tuhan tarik aku bangkit.

Tuhan tarik aku. Aku terpana.
Sebab aku hamba yang berdosa.

Rupanya kerana Tuhan sentiasa tahu.
Sentiasa tahu. Setiap ketika.
Sekecil kecil perkara, sebesar besar maghrifat.

Tuhan tahu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan