Khamis, 28 Mac 2013
Malaikat Nakal
Dalam denyut-denyut nadi
dalam deru-deru nafas
ada satu keluhan yang lelah.
Ada satu rasa yang tak indah.
Ada satu rasa yang dipupuknya untuk mengalah.
Perasaan yang dipupuk untuk berhenti
Untuk mati.
Dan alangkah indahnya jika maut itu bertopengkan si Lelaki.
Dan alangkah indahnya jika nafas terakhir itu disedut malaikat;
malaikat nakal serupa si Lelaki;
Yang sedut sigaret. Sambil tarik perlahan nyawa
si Perempuan yang namanya,
Cinta.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan