Sabtu, 23 Mac 2013

"hlovate"



Kita kekasih yang terlalu cinta
Kita kekasih yang terlalu berduka
Kita kekasih yang tak tahu berkata-kata
Bila mata berjumpa mata, hanya hati yang berbicara.

Aku bukan bidadari syurga
Maka bukan aku yang cantik sempurna
Aku juga bukan syaitan jelita
Maka bukan aku yang harus kau puja.

Memang dalam hati, ada rasa benci
Tapi tak sedikit pun timbul rasa ingin apologi.
Sebab kau dah tak ada dalam hati
Jauh sekali jadi teman meniti waktu dan akhirnya pergi.

Hai cinta.
Aku benci.
Hai cinta.
Aku sangat sangat benci.
Hai cinta.
Apa jadi dengan mimpi?
Hai cinta.
Mana hilang rumah besar English kontemporari?
Hai cinta.
Kau dah lupa?
Hai cinta.
Kau kata mahu jaga.

Kita kekasih yang tak menyanyi cinta
Kita kekasih yang menanam benci.
Kita kekasih yang tak merindu apa
Kita kekasih yang rare abad ini.

Hai awak, ily. :*


Isnin, 11 Mac 2013

Bunga


Ada satu juta bunga dalam taman
Semua bunga suka kumbang
Semua bunga suka lebah
tapi ada satu bunga
tak suka ada kumbang
tak suka nampak lemah
Maka bunga pilih untuk mati
Manis dia tak habis disedut
Indah dia tak luak ditatap.



Jumaat, 8 Mac 2013

Memo #3


Am I counted in your future planning? :3

Sincerely,
Me.