Jumaat, 26 April 2013
Penakut
Tak semua yang kau rancang kan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja...
Khamis, 18 April 2013
Tuhan ada
Hati ini tak kuat Tuhan.
Kuatkan hati ini, kuatkan.
Bekukan lagi air mata, bekukan.
Aku tak perlu rasa apa.
Tak mahu rasa apa.
Matikannya Tuhan, matikannya.
*sigh*
Tenang hati. Tenang.
Tuhan ada.
Tenang.
Doa.
Moga jodoh kita berdua.
Semoga.
Tenang hati, Tuhan ada.
Isnin, 15 April 2013
Khamis, 11 April 2013
Perfect nightmare
Kita adalah dua jasad yang tercipta untuk bersama
Kau dan aku, aku dan kau dan ya, kita berdua.
Kita adalah mimpi ngeri yang indah
Aku mencintaimu dan kau meninggalkan aku
Kau mencintaiku dan aku meninggalkan kau.
Kita adalah ciptaan yang hampir sempurna
Sepertinya buruk aku merupakan baikmu
Dan baik aku merupakan burukmu.
Aku bukan gadis yang penuh janji taat setia
Aku bukan gadis yang biasa
yang jalannya santun yang bicaranya anggun
Kau bukan lelaki yang penuh manis gula
Kau bukan lelaki yang biasa
ada sesuatu tentang kau yang aku belum jumpa.
Dan puisi ini
aku tak mampu akhirinya
sebab aku tak mampu lepaskan kau juga.
Maksudnya, aku belum mahu noktahkan cerita kita.
Langgan:
Catatan (Atom)